February 29, 2012
By: admin
Category: Uncategorized

Majlis Konvokesyen Institut Kemahiran Antarabangsa Showme yang disempurnakan oleh YB Senator Dato’ Maznah Binti Mazlan, Timbalan Menteri Sumber Manusia dengan diiringi oleh Tn Haji Redzuan Abd Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kemahiran Antarabangsa Showme
No Comments →
May 16, 2012
By: admin
Category: Acara Sukaneka, Aktiviti Pelajar, Mini Projek Pelajar
Sukan Showme ini merupakan mini projek untuk pelajar-pelajar kelas Nexus dan Suse (DKM Sistem Maklumat Semester 3). Berikut merupakan maklumat berkenaan program tersebut:
Tarikh: 17hb Mei 2012 (Khamis)
Masa: 8.30 pagi – 3.00 petang
Tempat: Taman Awam Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu
Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah ‘Kongsi Getah Menggunakan Straw’, ‘Sehati Sejiwa’, Bawa Belon Berpasangan’, Mencari Gula-gula Dalam Tepung’, ‘Meniup Belon Diisi dengan Tepung’, Barisan Terpanjang’, Mengisi Air Dalam Plastik Aiskrim’ dan Lambung & Tangkap Belon Berisi Air’.
Segala urusan berkenaan program ini perlu dirujuk dengan Cik Siti Esah atau Ketua Projek ini iaitu Muhamad Faiz Bin Ghani (Kelas Suse)
No Comments →
May 16, 2012
By: admin
Category: 16 Mei, Hari Guru
Institut Kemahiran Antarabangsa Showme ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik di Malaysia. Kegigihan anda dalam mendidik takkan kami lupakan.

No Comments →
April 26, 2012
By: admin
Category: Uncategorized
No Comments →
April 25, 2012
By: admin
Category: HEA, HEP, Intake April 2012, Lapor Diri, Pengurusan
Berikut merupakan maklumat lapor diri bagi pengambilan April 2012 (pengambilan kedua):
Tarikh: 25hb April 2012 (Rabu)
Masa: 10.00 pagi – 2.00 petang
Tempat: Foyer Institut Kemahiran Antarabangsa Showme
Pelajar-pelajar telah diagih dan diminta untuk mengisi dan melengkapkan borang-borang yang diperlukan oleh pihak institut.


Pihak Institut Kemahiran Antarabangsa Showme ingin mengucapkan selamat datang dan selamat menjadi warga Showme kepada semua pelajar yang telah datang lapor diri.
No Comments →
April 17, 2012
By: admin
Category: Baucar 1Malaysia, HEA, Pengurusan
Majlis penyerahan Baucar Buku 1 Malaysia kepada pelajar Diploma Kemahiran Malaysia Institut Kemahiran Antarabangsa Showme telah diadakan seperti berikut:
Tarikh : 17hb april 2012 (Selasa)
Masa : 11.00 pagi – 12.30 tengahari
Tempat : Foyer Tingkat 1, Institut Kemahiran Antarabangsa Showme
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Ybhg Pn W. Fadzilah Binti Wan Dagang, Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Timur.




Dari kiri: Ybhg Pn W. Fadzilah Binti Wan Dagang, Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Timur, Tn Hj Redzuan Bin Abd Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kemahiran Antarabangsa Showme dan Tn Hj Syed Mohamed, Pengerusi Institut Kemahiran Antarabangsa Showme
No Comments →
April 17, 2012
By: admin
Category: HEA, HEP, Intake April 2012, Orientasi
17hb April 2012 (Selasa) merupakan hari pertama sesi orientasi bagi pelajar-pelajar kemasukan April 2012. Berikut merupakan maklumat mengenai sesi tersebut:
Tarikh: 17hb April 2012 – 18hb April 2012 (Selasa – Rabu)
Masa: 2.30 petang – 4.30 petang
Tempat: Foyer Institut Kemahiran Antarabangsa Showme
Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi orientasi tersebut adalah sesi ‘pecah ruyung’ iaitu sesi berkenalan sesama rakan-rakan baru dan membentuk nama kumpulan. Antara objektif melakukan aktiviti tersebut adalah untuk membina keyakinan diri dan mengeratkan hubungan silaturrahim sesama pelajar-pelajar.


Sesi berkenalan sesama ahli kumpulan

Esok (18hb April 2012) merupakan hari kedua sesi orientasi. Pelajar-pelajar diminta untuk datang ke Showme pada jam 9.00 pagi. Anda diminta untuk berpakaian kemas dan mengikut etika pemakaian yang betul.
No Comments →
April 17, 2012
By: admin
Category: HEA, HEP, Intake April 2012, Lapor Diri
16hb April 2012 merupakan Hari Lapor Diri bagi kemasukan April 2012. Maklumat berkenaan program tersebut adalah seperti berikut:
Tarikh : 16hb April 2012 (Isnin)
Masa : 9.00 pagi – 2.00 petang
Tempat : Foyer Institut Kemahiran Antarabangsa Showme
Pelajar-pelajar serta ibubapa telah datang seawal jam 8.30 pagi lagi. Antara yang dijalankan pada hari tersebut adalah pengesahan lapor diri, pendaftaran asrama, penyemakan borang-borang pembiayaan dan penyemakan borang-borang institut serta penyerahan salinan-salinan dokumen.
Setelah selesai, pelajar-pelajar yang menduduki asrama telah dihantar ke bilik masing-masing.




Antara pelajar-pelajar baru yang datang untuk melapor diri
Kami, warga Institut Kemahiran Antarabangsa Showme ingin mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar-pelajar yang telah melapor diri semalam. Selamat menjadi warga Showme dan kami mendoakan anda semua akan berjaya di dunia dan akhirat. InsyaAllah..
No Comments →
April 14, 2012
By: admin
Category: Intake April 2012, Lapor Diri
Pendaftaran pelajar baru bagi kemasukan April 2012 adalah seperti berikut:
Tarikh: 16hb April 2012 (Isnin)
Masa: 9.00 pagi – 12.00 tengahari
Tempat: Tingkat 1, Wisma KOKITAB, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman
Pelajar-pelajar diminta untuk mengikut etika berpakaian semasa hari lapor diri tersebut. Sekiranya ada sebarang pertanyaan, boleh berhubung dengan pegawai kami iaitu Cik Aida (013-9317525) atau Cik Mira (013-9097515) atau 09-6227525.
Terima kasih.
No Comments →
April 12, 2012
By: admin
Category: Uncategorized
Majlis penyerahan Baucar Buku 1 Malaysia kepada pelajar Diploma Kemahiran Malaysia Institut Kemahiran Antarabangsa Showme akan diadakan seperti berikut:
Tarikh : 17hb april 2012 (selasa)
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Foyer Tingkat 1, Institut Kemahiran Antarabangsa Showme
Majlis tersebut akan disempurnakan oleh Ybhg Pn W. Fadzilah Binti Wan Dagang, Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Timur.
No Comments →